BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 16, 2014

Abah saya mesti nangis kalau baca

As usual,
Aku bukanlah spesies suka canang kebaikkan keluarga..
Tetiba ..
Tapi semua cakap pasal abah mereka ..
Aku pun nak cakap la kan...

Abah saya muka garang ya rabbi..
Tapi hati..orang lain ada taman jer..
Dia ada taman puding ...
Lembut gila hati dia..
bukan lembut tu macam abah saya jalan catwalk, flip rambut tu tidaklah .
Abah saya dalam segala hal dia yang keluar air mata dulu...
Kata kan la benda terharu macam kisah dulu waktu aku pandai dapat 5A upsr dia yang mengalir dulu..
Mak aku dia ikut kawasan ...
KAlau kawasan tu tengah nangis, dia nangis la..

Contoh terdekat ..
No one can expect abah aku nangis bila anak lelaki dia kahwin.
Normal la nangis waktu kakak aku kahwin.
Tapi anak lelaki???
Tapi itu abah..
Abah saya bagaikan taman puding ..

Kalau belajar kat ukm dulu dia akan jawab call aku macam ni

" hello.ha!pasaipa telefon?? Duit takdak???satgi petang abah bank in.nah sambung cakap dengan mak"

Bunyi nak hantaq duit tu macam dia ada printer duit kat rumah..
Kita ni nak wish father day la kononya ...
Padahal kami bukan orang kaya.
NAk cari duit menyelam onak duri la jugak ..

Kalau kat mrsm dulu

"Ha...telefon pasaipa???sabun basuh kain ada lagi x? ?? KALau takdak tak payah keluaq beli ..hujung minggu abah pi hantaq ..duit yang ada buat makan..sabun abah belikan"

Macam mana aku nak berdikari waktu dok asrama..
Every week dia suruh aku buat senarai barang ..
Sebab tu aku tak pernah fly kat asrama..
Takdak sebab ..
Barang senantiasa ada ..

Tapi abah memang nak jaga anak dia sebaiknya ..
Aku tak tau macam mana abah boleh saving sampai dia nampak macam orang kaya sentiasa ada duit kalau kami nak ..
Padahal baju baru dia jarang sekali la beli. Kaya apanya ..
Seluar, kasut semua jarang ..
AKu belikan wallet baru pun puas aku ugut nak curi duit dalam wallet lama, baru dia nak gunakan.
Abah jimat setiap sen dia untuk keluarga.
Dia jaaaaaaaaaarrraaannnngggggg beli apa2 untuk dia ..
Kan cerita p ramli jarang2 tu..
Abah aku laaaaaaaaaaagggggii jarang ..
Boleh dapat tak tahap jarang tu ..
ker kurang lagi apa yang aku cuba olah..

Abah adalah suami yang baik jugak.
Mujur takde hari suami and mak aku takdak facebook laaagi!
Kalau tak 14 mukasurat mak aku tulis sempena hari suami..
Tak baik bukak cerita dalam rumah sesuatu keluarga.
Tapi ada satu benda yang aku tau jarang orang lain buat..

Sepanjang mak kahwin ngan abah, abah yang akan kejutkan mak setiap hari ..
Abah yang kemaskan katil setiap hari ..
Chansung?? Ada bran???
#eh

Oklah..
Sambung keje..
ABah happy fathers day ..
Awid harap awid dapat suami yang bertanggungjawab macam abah ..
Saya saya abah saya

2 tweet2:

green apple said...

sampaikan wish Hepi father's day kat abah awak ya.

widda_me said...

Hehehe .. Tq KAK d ..