Salam..
Dapat kakak ipar dah sebulan tapi baru update..
Sebabkan aku tak suka auto correct hp ni maka gambarkan je la aku nk kata apa dngan gambar..
Ni kat melaka..waktu akad nikah and wedding sana.
31.05.2014
Salam..
Dapat kakak ipar dah sebulan tapi baru update..
Sebabkan aku tak suka auto correct hp ni maka gambarkan je la aku nk kata apa dngan gambar..
Ni kat melaka..waktu akad nikah and wedding sana.
31.05.2014
As usual,
Aku bukanlah spesies suka canang kebaikkan keluarga..
Tetiba ..
Tapi semua cakap pasal abah mereka ..
Aku pun nak cakap la kan...
Abah saya muka garang ya rabbi..
Tapi hati..orang lain ada taman jer..
Dia ada taman puding ...
Lembut gila hati dia..
bukan lembut tu macam abah saya jalan catwalk, flip rambut tu tidaklah .
Abah saya dalam segala hal dia yang keluar air mata dulu...
Kata kan la benda terharu macam kisah dulu waktu aku pandai dapat 5A upsr dia yang mengalir dulu..
Mak aku dia ikut kawasan ...
KAlau kawasan tu tengah nangis, dia nangis la..
Contoh terdekat ..
No one can expect abah aku nangis bila anak lelaki dia kahwin.
Normal la nangis waktu kakak aku kahwin.
Tapi anak lelaki???
Tapi itu abah..
Abah saya bagaikan taman puding ..
Kalau belajar kat ukm dulu dia akan jawab call aku macam ni
" hello.ha!pasaipa telefon?? Duit takdak???satgi petang abah bank in.nah sambung cakap dengan mak"
Bunyi nak hantaq duit tu macam dia ada printer duit kat rumah..
Kita ni nak wish father day la kononya ...
Padahal kami bukan orang kaya.
NAk cari duit menyelam onak duri la jugak ..
Kalau kat mrsm dulu
"Ha...telefon pasaipa???sabun basuh kain ada lagi x? ?? KALau takdak tak payah keluaq beli ..hujung minggu abah pi hantaq ..duit yang ada buat makan..sabun abah belikan"
Macam mana aku nak berdikari waktu dok asrama..
Every week dia suruh aku buat senarai barang ..
Sebab tu aku tak pernah fly kat asrama..
Takdak sebab ..
Barang senantiasa ada ..
Tapi abah memang nak jaga anak dia sebaiknya ..
Aku tak tau macam mana abah boleh saving sampai dia nampak macam orang kaya sentiasa ada duit kalau kami nak ..
Padahal baju baru dia jarang sekali la beli. Kaya apanya ..
Seluar, kasut semua jarang ..
AKu belikan wallet baru pun puas aku ugut nak curi duit dalam wallet lama, baru dia nak gunakan.
Abah jimat setiap sen dia untuk keluarga.
Dia jaaaaaaaaaarrraaannnngggggg beli apa2 untuk dia ..
Kan cerita p ramli jarang2 tu..
Abah aku laaaaaaaaaaagggggii jarang ..
Boleh dapat tak tahap jarang tu ..
ker kurang lagi apa yang aku cuba olah..
Abah adalah suami yang baik jugak.
Mujur takde hari suami and mak aku takdak facebook laaagi!
Kalau tak 14 mukasurat mak aku tulis sempena hari suami..
Tak baik bukak cerita dalam rumah sesuatu keluarga.
Tapi ada satu benda yang aku tau jarang orang lain buat..
Sepanjang mak kahwin ngan abah, abah yang akan kejutkan mak setiap hari ..
Abah yang kemaskan katil setiap hari ..
Chansung?? Ada bran???
#eh
Oklah..
Sambung keje..
ABah happy fathers day ..
Awid harap awid dapat suami yang bertanggungjawab macam abah ..
Saya saya abah saya
Sebenarnya hari mak aku hari2 ..
Tapi semua pakat express ur love minggu ni, and gitau kehebatan ibu masing2, tak mungkin aku terlepas ..
Aku pun ada mak yang hebat macam mak orang lain.
Tapi tentunya istimewa di hati aku sebab dia mak aku.
Mak aku lahirkan aku kat hospital.
Kat kakak abang aku semua kat rumah sebab arwah tok nek aku bidan.
Tapi aku tak sempat maka aku bidan dengan doktor la..
Turun darah, bergaduh dengan nurse.
Bukan gaduh hentak besi air drip ke apa, tapi mak aku dok gitau kata dia sakit, nurse kata dia ni bising.
Ko tunggu lagi, meletus la..
Ko kata aku bising, meh aku betul2 bising sampai anak aku keluar.
Dah nampak xpermulaan hidup aku dah bising?
Mana mulut aku tak bising.
Lepas lahir aku nangis non stop setiap malam dalam lebih kurang 2 tahun.
Dalam masa yang sama, abang aku yang sulung dah mula sakit teruk.
Bayangkan dia nak menatap anak yang nangis macam nak bagi satu penang dengar, dengan anak yang sakit.
Mungkin ujian dari Allah.
Bila dah besar dia masih lagi dengar aku nangis ..
Aku ni memang spesies nangis jer ..
Dngan orang lain tak,
Tapi ngan family aku meraung kau..
Sabor jer la mak aku ..
Dulu belajar orang slalu tanya
"Apa ko cakap ngan mak ko hari2? Sampai berjam2?"
Aku balas dengan soalan jugak
"Apa ko cakap dengan boyfren ko hari2?"
Dengan situasi skarang aku tak dapat lagi keja tetap dia tak penah bagi aku putus asa.
Bila aku cakap aku boring orang tanya aku pasal keja dia cakap gitau jer keje.
"Janji keje kan??
Gaji tak banyak macam orang lain pun awid tetap bagi mak duit kan?
Orang lain gaji besar bagi mak depa duit tak??
Orang lain boleh simpan untuk bantu abang kahwin tak??
Awid boleh kan??
Sebab awid nak tolong mak kan???
Nak tolong abahkan???
Nak tolong acik kakak kan??"
Bila orang tanya kenapa tak pi KL cari keje sana dia jawab
" takpalah dok rumah pun.
Dari kecik dia dok jauh, la ni je dia nak manja ngan kami. "
Bila pi panggil kenduri orang tanya pasal aku dia jawab .
"Nasibla ada yang kecik tapi tak berapa nak kecik ni.. dia boleh tolong2 pasal kenduri .. kalau takdak dia semua kami la kena buat"
Bunyi jawapan mcm semua benda aku buat, padahal tak pun..
Aku buat sket2 jer ..
Sebenarnya tu cara dia nak jaga hati aku and taknak aku putus asa.
Sebenarnya aku memang dah putus asa separuh hati aku la,
Tapi bila dia jawab mcm tu kat orang, aku tak sabar2 nak tunggu mak jawab perkembangan aku yang baik kat orang lain.
maksudnya perkembangan diri, bukan perkembangan badan.
Itu dari skang dah boleh cerita bab badan.
Oklah..
Air hidung semua dah keluar ni ..
Cuma nak cerita 0.001% kehebatan mak aku ..
Mak orang lain pun hebat, cuma aku mampu cerita kehbatan mak aku je lah,
sebab makcik haniyah adalah mak aku yang satu.
Lagi satu penceritaan aku macam mak aku sayang aku sorang jer.
Tak mampu.
Aku memang berkongsi kasih ngan kakak abang aku ..
Takdaknya sayang lebih.
KAlau kakak and abang aku tulis blog pun macam mak aku sayang diorang jer.
Mak.
Selamat hari mak, hari mak hari2..
Terima kasih mak.
Lahirkan awid, jaga awid, sayang awid, didik awid semualah ..
Semoga tahun depan awid mampu belikan mak smart phone and mak boleh baca blog awid ..
Hehehehe
Btw ..abah .. terima kasih jaga awid jugak .
Aku dulu tak baca blog maria elena ..
Just tengok dalam tv bila ada buat interview dengan dia ..
So aku pun pernah tengok vlog dia ..
Dalam few months before, aku tertengok raikan cinta maria elena.
Lambat kan??? Anak dia dah besar dah.
Aku pun scroll2 entry dia ..
Ada satu tu dia tulis dia dah tak memvlog kan diri (ni ayat aku yang membawa erti seperti apa yang maria elena cuba sampaikan ) sbab dia dah makin dewasa.
Dah ada family semua.
So today.
Aku tengah tahan mata kat hospital membuatkan aku baca balik blog aku.
Wow!quite childish ..
Hahahaha..ngaku pun aku peah!
Tapi im still childish, cuma baca blog yang mula2 aku start blogging buat aku meremang.
hahahaha..
Cuma aku childish guna bahasa melayu, bukan bahasa
"Awaq, kitew taq sukewwwwww"
Sukewwww??? Ko nak aku skewers kan mulut ko???
Now, aku tak rasa aku akan blogging like the way before ..
But i still love blogging.
Cuma masa terlalu pack ..
Plus, laptop i dah macam bye2 sket ..
Wedding acik adalah less then month.
So masa aku lebih pack ..
Seriously aku nak blogging balik..
Tapi .....
Cubalah ..nanti..
Bye!
Rokok turun harga ..
Seperti yang dijangka atau tidak aku bekerja di mesra petronas ..
So kalau harga rokok turun orang spesies kami yang tahu dulu ..
Rokok turun???
mari kita tepuk pengakap ..
*clap clap clap*
Sekali lagi
*clap clap clap*
VERANGAN!!!!!
memang berangan tepuk pengakap!!!
Sebab rokok tak turun ...
Ni cuma aku nak isu kan hal rokok...
First ..
Pasal bapak2 yang suruh anak beli rokok...
Hello...
Tak ke bodoh suruh anak beli rokok???
Memang aku bagi bodoh jer...tak tunggu...
Excuse me, apa pun alasan ko untuk taknak turun kereta beli rokok,
Or undang2 kata yang bawah 18 tak boleh beli rokok...
Kita pikir dari sudut positive.
Anak kecik.suruh beli rokok.
Anak tengok.terdidik anak dengan rokok.
Esok anak isap rokok jangan tunggu anak balik sebab nak sepak anak,
ko sepak diri sendiri ..
Banyak sikit sepak ..
Pastu nanti bila anak merokok salahkan bini, salahkan cikgu kat sekolah tak kontrol.
Salah ko???
Ada few things yang ko boleh salahkan orang tapi tengok diri sendiri dulu...
Macam aku salahkan kaum lelaki, tapi mostly bapak2 yang suruh anak2 beli rokok..
Kaum ibu yang smoking which is i know which one tak suruh anak beli.
Mungkin ada tapi segilintir...
suruh anak beli rokok adalah one of the sesi pengajaran yang berlaku secara tidak langsung.
KAlau dari aspek baik takpe,
tapi aspek rokok ni jadi hangin kepala aku ..
Now second issue
Customer : tolong bagi saya rokok dunhill
Aku : rm 12 cik.
Customer : owh tak nak gambar paru2 hitam ni takut ..
Aku : so nak yang mana?
Customer : gambar baby .. yang ni tak takut sangat sebab jadi kat baby bukan kat saya * cakap kat aku sambil dukung anak *
Parents spesies ni kalau dah tua bolehla anak2 hantar duduk rumah orang tua2 ..
Sambil ko memberi pengajaran tak langsung kepada kanak2 ko juga memberi pengajaran secara tak langsung bahawa biar benda buruk jadi kat dekat dia (baby) or adik2 dia nanti .
even parents tak maksudkan nak gambarkan gambar baby2 dekat rokok tu anak dia ..
Penerangan bahasa aku baik..
Ni kasar sket punya penerangan
"Parents aku tak kisah kalau aku jadi dalam gambar ni kot, so apa aku kisah nak jadi apa kat dia tua nanti"
tapi still ada setengah2 parents yang mintak gambar anggota badan sambil cakap
" biar kita sakit macam dalam gambar tu jangan jadi kat anak sudahlah "
Kalau aku boleh capture setiap orang yang beli rokok nak gambar baby memang aku buat..
Oklah ..
Memang nampak isu ni kecik pada setengah2 orang...
Tapi percayalah dari benda sekecik2 yang kita tak pandang ni lah yang akan jadi besar lebih dari kita jangka kan..
Contohnya macam nak urus kenduri abang aku nanti
(Nanti aku jemput inshaAllah)
Benda2 yang kecik2 yang tak berapa nak kira sangat tu lah yang akan menyebabkan perbelnjaan jadi besar ..
Contoh benda kecik macam garam, serbuk kunyit, pen, kertas, gam, benang jahit baju, tangan terkena pisau kena sapu minyak gamat ..
Ok bye .. nak kena sambung buat keja.
mesti aku kena carut untuk sapa yang baca blog ni dengan harapan rokok turun.
2 minggu lepas anak buah aku balik..
Lpas tu tak balik dah sebab kakak now bukak kedai chicken chop which is kalau type kat fb boleh type Lkoner.
Aku suka bagi anak buah aku cuba benda baru yang kakak aku tak biasakan bagi.
Maksudnya kalau kakak aku bagi and kakak aku hari2 ngan diorang so akan melampau la kan..
So aku amik bab2 ni...
Hehehehe..
Aku pernah ajar anak buah aku cara2 bersiang ikan.
aku belahkan ikan diorang buangkan perut ikan.
lagipun mudah keje aku.
Aku pernah main buat sandwich ngan diorang.
Ajar from a to z then bawak pergi tempat abang ipar aku main paintball jamu kawan2 dia.
bila kawan2 abang ipar aku cakap sedap, sya and sara akan cakap
" kami yang buat "
Lepas tu bila teacher tanya kat sekolah pernah tak buat ini, pernah tak buat itu,
Sya and sara boleh jawab pernah dengan bangganya.
Dulu aku kecik2 kakak aku tak nak aku rasa ketinggalan dengan cara bagi aku pernah buat macam2 atleast sekali ..
So aku buat benda yang sama.
Bila sya and sara cakap tak pernah makan sushi,
aku pun jom acu belanja *bila dah dapat gaji*..
Bagi rasa and pengalaman.
And 2 minggu lepas aku bagi main warna2 pasir tu ..
Ni second time.
Mari tengok gambar je lah..
Ponat eden type.
Arghhhhhhhh ....
Sapa yang ada fb or instag aku mesti dah boleh bau2 bacang apa yang jadi ..
Adam aka mohd aizam mat saman aka pernah jati chenta dihatiku akan kahwin esok ..
Aku dah lama tak baca gosip melayu.
Kata gosip melayu, yang kononnya aku minat kpop pun aku tak baca gosipnya ..
Takdak masa ..
Tiba2 aku baca fb kawan aku di mana nama aku di tag tertulis adam fiza elite akan kahwin ..
Aku ingat main2..
Terus pakai google la cari.
Jumpa, baca terus demam ..
Macam ni kisahnya.
dulu zaman adam kat af sampai keluar aku memang minat gila.
Aku dok asrama.
Aku minat sampai setiap minggu abah pi kedai majalah dekat Kedai Pernama kat kem tu tanya
"Macha, itu majalah gambar adam ada ka?"
Terpaksa.tutup muka.bayar duit.amik majalah.demi anak ketegaq ini.
Minat sampai baca paper tengok kat tv ada temuramah bersama adam.
Call kakak suruh rakam.
Terpaksa.demi adik.esok adik call tanya rakam ke tak.
Bila balik cuti every month dari asrama aku amik majalah gunting gambar adam simpan.
Yang lain abah amik buat balut buah pelam kat depan rumah dari kena ulat.
Sampai macam tu.
Itu tak tengok buku, meja tulis, gambar depan meja study bilik.
Email, password.
Adam.adam.adam.adam.
Then bila lama sikit aku dah minat shahid, chansung aku dah kureng ngan adam.
Tapi aku still senyap2 curi gambar dia dalam google (dia kisah ker)
Lepas tu yang latest.
Tahun lepas.
Aku tahu adam datang ukm.
And kebetulan junior teater aku ada kaitan ngan dinner tu so dia bawak aku pi backstage.
For the first time aku tengok adam depan mata.
Maigod..kelu.
Dia datang backstage dari waiting room dia senyum jer.
Aku nervous sebab aku buat salah copy gambar dia banyak2.
Kawan aku dah ready camera tapi diorang nak aku cakap sendiri.
Aku tunggu.
Tengok dia macam tengah praktis.
Tunggu.tengok dia baca doa.
Tunggu.dia dah naik stage.
Berbulu jer kawan aku tunggu.
Lepas tu dia dah habis perform,
Dia keluar stage, senyum kat aku,
Tampar bahu kawan aku (lelaki),
Lari pi waiting room dia balik.
Tanya manager dia bila dia perform balik, pukul 12 .time tu baru pukul 9.30
Kawan aku yang tunggu aku tu, dua2 keje esoknya.pagi
Demi kawan aku give up untuk tangkap gambar.
And kawan aku jek and yazid ajak aku pi mapley sat bagi hilang tension.
Otw pi mapley tiba2 air mata aku keluar macam apa lagi.
Aku berleter sorang2.
jek n yazzid nak gelak kesian.
Tak gelak lawak.
Sampai la kat mapley.
Sampai sana jumpa kawan aku tiqah and bf dia.
Jek yazid cerita2, then tikah pi kedai beli eskrem bagi hilang sedih aku.
And yazid ada rakam tapi tak tahulah simpan ke tak lagi rakaman aku nangis tu.
Memang pathetic tapi seriously aku pun tak tahu kenapa air mata keluar.
Call kakak waktu tu dia buat derkkk jer.
And today bila tahu adam nak kahwin aku mesej mak.
And dalam masa yang sama nak hujan so time rehat aku malas nak balik makan nasi.
Mak mesej
"Awid takmau balik makan nasi sebab sedih ka?"
Pastu bila balik keja aku penat, aku bagi salam kat mak terus masuk bilik.
habis mak tengok hindustan pukul 7.30 mak masuk bilik aku and cakap
"Tak payahlah sedih sangat adam kahwin. chansung kan ada.."
Hahahahahahaha.
Chansung.bagi i kawen dulu please.
To adam.
Even u tak baca i nak wish
SELAMAT PENGANTIN BARU.
Dulu u penah balas mesej i dalam facebook bila i cakap muka u macam junsu 2pm.
Then u cerita pasal group u maybe perform masa jaypark datang.
And u tanya kenapa jaypark keluar dari 2pm etc etc.
I sempat printscreen.
Ok ...
Aku skang keja jadi cashier sementara nak train cashier baru ...
Ramai nau cashier berenti ..
Aku bila ntah ..
Pastu kebetulan bos aku dengan baik hatinya offer another bos punya bakal kerani stor * lebih kurang macam tu la * untuk train dia selama one week ..
Ok..
Dua hari pertama aku terlepas sbb aku cuti ..
Aku datang hari ke 3 aku jumpa kakak ni ...
Omaigod ...
Dia cerita dulu dia keje pejabat guam ..
Aku macam ok ..bukan peguam pun ..
Pastu dia masuk kaunter untuk "tolong" aku ..
Padahal dia bukan kena training cashier pun ..
Nama jer tolong ...
Aku dah scan barang ko scan lagi ..
Customer nk guna kad kredit ko cash ikut hangguk kau jer ..
Ko bayar ker customer bayar???
Aku hangin dari pagi ...
Aku pkey kang aku short mmg aku letak nama pompuan ni.
Lepas kami tutup akaun tngah hari siap kira duit semua,
Dia masuk kaunter lagi ..
Lemah aku tengok ..
Ok...
Ni aku nak cerita macam mana hangin aku boleh ok ..
dari pagi dia cakap kt customer "thank you" ..
Pastu dia gelak2 ..
" akak dah biasa cakap bahasa inggris la dik "
Fine ..aku xkisah pun ..
Aku pun cakap thank you ..
Tapi setiap kali aku cakap aku tak pernah la cakap " akak dah biasa ckp bahasa inggeris "
..tapi tu bukan punca aku hangin la ..
aku hangin sebab dia ganggu keje aku ..
Ko receiving data kat komputer yang aku belajar sehari jer, ko dah 3 hari tak boleh lagi ada hati nk " tolong " aku ..
Aku bukan boleh orang naik lif tekan tingkat 14 sendiri ..
Mula aku nak naik lif tekan rooftop terus ..
Pastu dalam dok hangin tiba2 orang putih mai ..
Aku pun kau dah biasa bahasa inggeris kan, so ko takkan ada awkward moment la dgn mat salleh tu.
Pastu dh scan barang semua, orang putih tu bg duit cukup2 harga barang dia.
pastu dia tengok aku, dia tengok kakak tu ..
Dia bagi duit 120 kat aku ..
Aku baru nak tanya pump mana, tiba2 kak tu kata
" u, OILY?"
OMAIGOD!!!!
mujur dallm masa yang sama orang putih tu cakap ngan aku dia pump berapa ..
Tapi aku dengar dia tanya oily tu..
Yes kak ...
Even kak dah biasa sangat cakap orang putih, kak xperlu bangga diri ..
Allah bayaq cash jer ..
Lepas benda tu jadi aku terus x hangin ..
Agak2 nak hangin aku ada modal nak gelak sorang2 ...
Aku bukan la spesies perlekeh orang ..
Even aku pun xpandai bahasa inggeris tu ..
Tapi kalau kita tau sekalipun jangan bangga ..
Aku ada ramai kawan pandai english tapi takdak sorang pun lagi la cakap
" i terbiasa cakap english "
Even diorang baru balik dari overseas.
Pastu spesies tak sedar diri ..
Before ni ..sebelum puasa..
Ada 2 orang datang training jadi kerani kat stesen sini.
Jadi kerani sepatutnya cuti bersalin.
Jadi supervisor aku, harungkan aku jer untuk training diorang ..
Berkenalan semua tengok2 budak diploma dari poli sorang ipta sorang ..
Oklah ..gua chill je lah ..
Aku diam je lah aku ada degree semua ..
Aku training diorang, aku cakap sorang ...
Diorang kata sistem kami xbagus la apa la ..
Hello ..bos ko training kat sini 3 hari untuk kaji sistem kami and decide untuk hantar ko train sini ..
Aku ingat sebab aku orang biasa, naif jadi aku gitau supervisor aku untuk train diorang ..
Aku give up lah kan ..
Dengan supervisor aku pun diorang buat tak reti jer ...
and supervisor aku pun bengang..
Dia masuk ofis and biar jer diorang ngan sistem sendiri ..
Masuk jer ofis dia cakap
" biaqla depa wida ..depa budak diploma ...budak2 u semua pandai"
Aku pun jeling supervisor aku ..
Dia pun cakap
" wida gitau tak wida ada degree, kalau cakap mesti depa ikut wida "
Harusla aku xgitau ..
Aku apply keja ni ngan spm jer..
Xpayah bangga sangat kalau kau di takuk orang yang pakai spm jer ..
Yang penting ko nk keje ikhlas ..
Nk cari pengalaman n ilmu ...
Bye ..
Ada lagi nak cerita ..
Tapi macam panjang sangat dah ..
Bye!
Abang aku dah tunang..
Time beday dia 14 ogos hari tu..
Banyak benda nk cerita, tapi update blog guna keypad touchscreen mmg takdak nafsu nak update..
Kalau ngan keyboard ketakkk ketakkk ketukk ketukkk siap lima belas entry..
Btw, abang aku tunang ngan orang melaka..
Aku panggil kakak tu kak nurr..
Minggu lepas aku keluar shopping untuk ofis bos yang baru...
Kakak yang keluar ngan aku tu akan jadi manager petrol pump baru dia.
Bos kata ajak aku sekali keluar even aku takdak kena mengena dengan ofis baru...
So dah alang2 shopping skali...
Kami dua beli barang ofis dari pukul 11 sampai 5 lebih baru settle..
Baru nak cari untuk diru sendiri..
So kalut la...lagi nak bukak puasa...
Dalam kekalutan jumpa dengan kedai tudung...material sama dengan tudung yang kami jumpa kat butik sebelum, punyalah mahal...
But kedai kedua yang kami pi, murah gila...
So aku grab satu yang sesuai dengan baju raya aku..
Then pkey2 nak amik lg satu,
Aku pegang kain dia macam best so aku amik,
And today .....
Aku nak keluar shopping ngan mak then aku amik la tudung-yang-aku-amik-tanpa-usul-periksa itu..
Tengok2 kau...tudung segi empat...
Aku dah 4 tahun rasanya tak pakai tudung segi empat even orang cakap tudung segi empat dah kembali menyinga ke apa ker..
Aku still stick dengan selendang, and cara pakai yang sama...
So aku try pakai tudung segi empat, omaigod no no...
Aku transfer jadi selendang walaumacam manapun...
Now...tadaaaaa
Rumah kebajikan masyarakat.
Ada seribu satu benda yang akan terlintas dalam fikiran.
Bagi aku rumah kebajikan masyarakat ni untuk orang yang ada sedikit kesulitan dan kesulitan dapat dikurangkan bila di rumah kebajikan.
Aku tak tahu la rumah orang tua, rumah anak istimewa semua tu bermaksud rumah kebajikan atau tak, tapi aku kaut sekali je la kategori dia..
Sila jangan nak kondem..
Ni dari pandangan aku yer...
Kang kondem lebih ada makan selipar bukak posa..
Now aku nak cerita pandangan aku..
Setengah orang akan pandang tak elok bagi anak yang hantar mak bapak dia pi rumah orang tua.
Tapi bagi aku takpe..
Kejap..tak habis explain lagi...
Takpe kalau menghantar mak dia tanpa pilihan lain..
Contohnya..dia keje jauh dari rumah..
So mak dia sorang kat rumah hari2..
Kawan takde, sakit pening ker..
Kita ajak duduk dengan kita dia taknak,
Alasan dia "mak duduk dengan kamu pun sorang jugak..kamu keje balik lambat "
So kita hantar dia pergi rumah orang tua bagi dia ada kawan, belajar agama sama2 dengan ustaz kat situ.
Tapi dengan kerelaan dia..
Kita boleh agak kalau dia rela atau tidak...
Kalau dia taknak tak payah hantar..
Jangan paksa..itu mak ayah..
Jaga kau dari kecik, berak merata diorang yang cuci..
Tapi kalau dia rela kita hantar..
Tapi kita melawat dia selalu..telefon slalu..bila cuti amek dia balik..
TAPI YANG TAK BOLEHNYA BILA,
Hantar dengan dasar dia ganggu hidup kita,dia susahkan kita..
Meh sini kau aku lempang...
Pastu hantar, then pengurusan call pasal apa2 ker, tengok2 tukar nombor...
Itu memang layak kita langgar dengan traktor...
Sama kes ngan anak istimewa...
Aku pernah pergi buat macam kerja amal...
Ni aku gitau ni kang kata aku bangga gitau...
Kang tak gitau kata aku tipu..
Ada satu kes..
Mak bapak budak ni hantar anak istimewa dia dengan alasan nak budak tu berdikari..
Belajar bergaul...
Fine..alasan dia bagus..
Bila 3 hari dia dok situ dia rindu mak dia sampai demam2, pengurusan pun call mak dia,
Tengok2 no takde dalam perkhidmatan..
Cari rumah tengok rumah orang lain..
Cibs betul spesies macam ni..
Jadi diorang pun tipu la budak tu kata mak dia takdak kat rumah la apa la...
So, aku saja cakap pasal benda ni
bukannya aku nak hantar pakcik Ramli ngan makcik Haniyah..
No!
Ini cuma pandangan...
Setengah orang keji orang yang hantar keluarga pegi rumah kebajikan..
Tapi yang mengeji tu tak tahu si keluarga tu melawat hari2...
Dari kau yang dok keji orang, call mak kau pun jarang, apatah lagi nak balik tengok...
Sapa lagi keji???
Tapi kalau spesies yang tinggal,tinggal terus layak dikeji..
Kalau tak keji dia pun takpa, nanti balasannya Allah yang tentukan..
Bagi aku,
Apa benda jahat kita buat, akan patah balik kat kita..
Sebab aku pun penah kena...
Aku buat salah kat orang, and aku pun terkena dengan orang lain macam tu jugak..
Even benda tu, aku je perasan..
Sama dengan kes mak bapak..
kalau ko buat jahat dengan mak bapak kau,and kau tak berubah,
Anak kau akan buat benda yang sama,
and baru kau perasan "aku pun sama dulu".
Ini semua taipan aku,
Jadi jangan kondem..
Ini pandangan yer...
Kalau terasa, aku mintak maaf...
Kalau dalan exam ada soalan pasal pandangan and pandangan kau salah di mata cikgu, ada cikgu datang lempang ko sebab bagi salah pandangan???
So baca jer pandangan ni, kang ko kondem lebih2 aku yang bagi lempang...
Ha...
Hari ni aku reveal terang2 aku keja kat mana dalam tempoh 6 bulan after konvo..
Aku keje kat petronas...
No2...bukan cari gali ker cari bijih...
Petronas dagangan berhad..
Alhamdullillah...
Even gaji biasa, aku still rasa cukup nak bagi kat mak abah, bayar ptptn, beli barang rumah, belanja anak buah aku, ...
Mungkin sepanjang aku keje aku tak pernah lagi beli heels mcm dulu belajar...
Bukan duit takde tapi aku rasa duit aku ada guna untuk benda lain..
Aku ada tengok orang mengangur lagi lama dari aku, pointer lagi tinggi dari aku tapi tak pernah merungut..
Bila orang tanya jawapan dia
"Takdak rezeki lagi" ...
Boleh keje basuh pinggan kedai makan, kilang...
Tapi now orang yang bagi jawapan mcm tu keje jawatan lagi besar dari orang lain..
Berkat and nikmat dia bersabar...
Aku pun belajar bersabar jugak...
Mungkin takdir nak bagi aku kawen ngan chansung???
Kalau keje kerajaan kan payah nak berenti..
HAHahaha...itu terpesong...
Now..dah 6 bulan aku keja aku dah dapat kepercayaan bos untuk buat banyak keja lain selain dari cashier...
Aku tulis menatang ni bukan nak tunjuk bangga keja petronas dari jadi cashier ke jadi audit ker apa ker,
Tapi aku nak gitau kat orang yang macam aku, kalau rezeki kita kat tempat yang kita tak expect kita still kena usaha keras, keje betul2, insyaAllah rezeki kita kat tempat tu bertambah ..
Mungkin aku perlu bersabar lagi..
Dan usaha lagi untuk Allah tambah rezeki untuk aku dan family lagi...
Amiiiinnnnn....
Beday mak adalah lepas dah...
Tapi sebab aku bodoh kepalang guna apps blogger dalam fon tak boleh2 nak log in.
Ni beday mak 4 mei bulan lepas...
Kami, which i am the chief planner telah plan nak buat suprise kat mak even x tak lah jadi...
Beday mak selalu kami adik beradik berebut tarik rambut baling periuk belanga nak wish kat mak tapi kali ni sapa pun tak wish kat mak..
Mak sedih..
Cucu dia call, tapi ibu diorang tak cakap pun.
Acik balik time subuh, salam mak, solat terus tido..
Aku bangun subuh genyeh2 mata salam acik jer..
Tengah hari tu kami bejumpa di sungai petani atas sebab tak dielakkan...
Lepak marrybrown kat amanjaya mall..
Waktu kat situ mak call kembar dia and wish kat kembar dia beday kuat2.. konon nak bagi kami dengar.
Pastu kami pun keluarkan kek, hadiah semua...
Mak terkejut jugak la..
Kebetulan beday sara esoknya, so sambut sekali la adik..
Acu, acik, ibu tak banyak bajet...
Kek pun tak beli tapi kak buat.
Malam tu kebetulan aku tak kena buat audit stok maka acik penuhi permintaan mak nak makan kat line clear ..
Lagipun acik tak keluar duit lagi kan....hahahaha..
Hari ni public holiday... Aku masuk kaunter hari ni.. Dalam masa yang sama staff stesen tak cukup hari ni.. Aku bukan nak cerita pasal aku kena keje time public holiday.. Aku xkisah kalau bab2 dapat gaji double triple ni.. Tapi aku nak cerita pasal rempit2 yang datang stesen hari ni... Aku bukan cerita pasal rempit semalaysia yer... aku cerita yang datang stesen aku tadi.. Engkau ... Wahhh..dah mula menyumpah... starting dah lahanat kan..hahahaha Ok mula balik... Orang yang bawak moto ni selalu disalah anggap oleh orang yang bawak kete.. Kenapa? ??? Sebab geng2 rempit tak bertempat lah penyebab nyer.. Apa definisi rempit??? Dari kamus dewan aku tak tahu.. Tapi dari kamus dewan otak aku,rempit tu, Orang yang ada ilmu tapi bawak moto tak pkey orang lain. Ada keterangan definisi jap..tak habis lagi.. rempit ni adalah manusia bawak moto xingat sapa... kau nak bawak laju boleh tak cari jalan xbz sangat... kau nak selit2 pun tak payah kat jalan boleh??? Kau beli kon ker, susun batu ker, letak kat jalan kosong,terpencil, berhantu ha!! Selit la ikut celah bedah mana pun.. Pastu nak preng2 moto macam setiap kenderaan atas jalan tu kau yang tolong bayarkan roaf tax. kau nak beli air mineral dalam petronas pun aku tengok ko korek syiling. Positiv..mungkin dia simpan sembilan juta kat rumah untuk gali mineral sendiri. hello..motor kau ex5 macam moto aku jer..tak payah gah sangat.. Orang yang pakai kawasaki bla2 tak perlu jadi macam kau pun.. Pastu kata la dia spesies bawak motor tak hengat orang keliling dia kan.. Tapi aku rasa kau perlu ingat mak ayah kau.. Mak ayah kau dah pergi haji ker?? kalau dah kau bagi berapa ringgit kat dia untuk dia pergi haji.. kata la mak ayah kau dah takde.. kau dah buat upah haji kat dia??? Kau bagi berapa ringgit untuk upah haji dia??? Pastu rempit yang jenis tak ingat kawan.. cibs..rempit sama2..kawan xciden lari berselerak sebab geli tengok mayat kawan. Pastu takut polis datang kau kena soal siasat.. kalau aku ada kuasa doraemon, semua yang rempit sesama tu aku bedah siasat kan.. tak payah soal siasat.. Ni cerita betul.. Sepanjang public holiday mesti ada xciden geng rempit kat area petrol pump sini.. see..kau dah susahkan semua orang sebab percaya kau mati nampak hantu. padahal kau yang potong ikut suka hati.. Kalau kau mati sorang tanam jer..ni libatkan nyawa lain.. Habis...tak larat taip ngan hp cermin..asik typo.. kalau ada rempit yang baca post ni n tak puas hati kat aku, Lantak kau... kalau kau rasa ko spesies manusia yang bawak motor dari golongan rempit lantak kau la... yang aku tahu kalau aku doraemon aku patahkan kaki2 rempit secara berjemaah.. Ini baru bab mat rempit..minah tumpang rempit tak masuk lagi.. kalau masuk bab tu nak cerita definisi rempit pun dah 15 lai krrtas kajang.. I rindu bangi n kajang..tiba!.
Wahhhhh....i 'm updating blog... Banyak betul aktiviti sampai terlupa nak update blog even dah tau cara ok.. now aku kat perak.. Having my day break yang sepatutnya 5 hari kena sekat 3 hari.. Ni adalah wedding sepupu yang tua dari aku setahun.. dan selepas tarikh ini akulah sepupu perempuan yang paling tua side abah yang tak kahwin lagi Selamat kena tanya dengan semua orang... nak update gambar internet slow... damn...tengok kat instagram aku jelah... aku tak suka benda renyah... Ni aku update blog ni tak tahu nak upate plak bila.. penat macam mana ntah.. umo makin meningkat kot.. Contoh aku rasa aku makin tua skang.. Bila aku cuba tido lamabat, plg lambat pukul 1.. Itupun penuh percubaan.. kalau dulu bangun tido, pukul 12 boleh bangun... tapi skang pukul 8 plg lambat aku dah terjaga.. golek2 atas katil tak tentu tido balik.. Macam mana??? dulu aku suka cakap TAK REMAJA LA TIDO AWAL.. Skang aku dah termakan kata2 sndiri... Pastu skang makin kuat betul berleter.. kat customer pun aku berleter..ikut boleh nak berleter kat sapa la.. yang mana sempat.. Oklah.. nak cerita pasal wedding sepupu jadi cerita pasal ketuaan sendiri..
Salam... lamanya xberblogging... sumpah aku rindu... kalau pakai keyboard ni sah keluar 5 6 page cerita.. Sebab pakai hp cermin ni aku jadi payah nau nak taip.. Pastu masuk blog guna hp cermin ni kenapa takdak button untul letak gambar??? ni yang buat aku hilang mood nak naip.. Ingat orang suka dengan blog yang tulis jer... Btw, bagi aku explore dulu cara cara nak upddte blog dgn hp cermin dulu. Aku download apps for blogging pun xleh guna... tak paham eden...
ok...
sempena nak habis raya ni aku baru la terhegeh2 nak bagi tips2 pergi buffet
tapi takpe..tips ni stil boleh guna even after raya...untuk jamuan raya pulak ker...
nak pergi buffet ni sah2 la mahal..
tak rm30 ke atas takde la buffet....
so berbaloi kah rm 30++ anda di buffet???
ini tipsnya...hahhahahah
TIPS 1
sampai jer kat buffet tarik nafas banyak2..
banyakkan berdoa supaya perut lambat pecah hari tu...
Tips 2
pilih makanan yang mahal sahaja!!!!!
jangan amik fishball yang rm1 dapat 3 ketul kat pasar malam tu!!!
NO NO!!!kalau kau amik 10 cucuk baru rm10...
kau kena hengat..kau datang buffet naik kenderaan..bukan jalan kaki..
sila tambah duit minyak dalam kos pergi makan buffet..
kalau aku..hahahah(yang berperut tebal)
aku akan amik makanan macam steak...
kata la steak cikai...
cikai2 pun sepinggan rm10 kan kat kedai mamak???
kalau 3 pinggan dah rm3o..berbaloi tak???
hari tu pergi aku amik ketam...
taknak bagitau aku amik berapa ekor tapi banyak la...
berbaloi okey
amik seafood agak berbaloi .....
ketam...siput2 mahal...
Tips 3
kira harga setiap makanan anda
kira ikut haraga borong..bukan harga pasaran..
katala makan ketam..
kau pergi pasar tengok ketam sekilo rm 12..
sekilo dapat la lebih kurang sekor setengah ke 2 ekor kan??
so bila pergi buffet jangan kira rate kilo ketam tu kat pasar...
kira kau beli ketam tu kat kedai borong...sekilo rm7-8..
pegang kalkulator kalau math anda lemah..
kira setiap makanan...
kalau tak tahu harga borong tanya keluarga,rakan berdekatan..
kalau malu nak tanya kengkawan sebab takut kena cop tanya budak meja sebelah kat buffet..
anda tak kenal dia..so kalau dia cop anda apa2 pun takpe sebab dia takleh kutuk kita kat FB kita..
TIPS 4
JANGAN AMIK NASI!!!
kau diet ke...tak diet ker...
jangan amik nasi..
kang half tank perut kau dah kena isi...
NO NO!!!
nasi is no kat buffet..
nak makan nasi balik rumah...masak ngan ricecooker..
Tips 5
JANGAN MINUM AIR MANIS..
amik air masak jer..
atau air suam..
minum air masak pun jangan 18 gelas...
baik kau beli air mineral bukak puasa depan tv kat rumah..
minum sket jer....
and tips tambahan kalau tak tahan pedas jangan amik makanan pedas..
nanti kau telan2 air last2 kenyang air...
macam aku...
kalau pedas minum air tak hengat punya....
so pandai2 la kau..
tapi kalau kau spesies telan cili burung cili padi semua tu macam popcorn sambil tengok cerita korea lantak kau la kan...
Tips 6
yang aku selalu buat....dan ajr orang lain gak
AMIK BUAH TEMBIKAI MERAH BANYAK2..
buah tembikai ni kandungan air dia banyak tapi tak mengenyangkan macam kau minum air gok gok tu..
so bila dah kenyang kan..rehat tarik nafas and makan 2 3 slice tembikai..
potongan slice itu adalah iku saiz kat buffet yer...
bukan kat rumah yang gedabak2 besar tu yer...
kang kenyang makan tembikai jer...
baik beli tembikat yang offer sepanjang bulan posa ni kat tesco and bukak puasa depan tv kat rumah...
aku kalau tembikai habis kat buffet aku tak dpat nak bantu diri sendiri bagi cukup harga makanan tu..
Tips 7
jangan malu...
kalau kau spesies pemalu jangan pergi buffet dengan orang yang kau akan rasa malu..
contoh aku malu...
hahahhahaha
aku gi buffet ngan kakak..
geng...bila malu(aku) + kakak(malu) =excited dan terus tak malu...
aku kalau gi mana2 terpkey2 jugak kalau2 jodoh lalu belakang tapi tak perasan kan...
tapi kalau gi buffet jodoh datang tepuk bahu cakap
"saya jodoh awak ni....pusing la belakang"
aku takkan pusing...
ok lah...macam dah banyak...
tiba2 jadi segan tulis tips ni...tapi dah tulis so post je lah...
tetapi tips ni untuk orang yang nak terima jer...
tapi kalau tiba2 kang kau komen kata patutlah gemuk ker..badan tak turun2 ker apa ker..
aku sepak jer kau....
takde tapi2 dah....
SELAMAT HARI RAYA...
OPEN HOUSE pada raya ke 2 JEMPUTLA KE RUMAH...
TEMA OPEN HOUSE TAHUN NI KUNING...SO MENU UTAMA adalah masak lemak rebung
kalau tak tahu jalan sila call...
kalau tak tahu no fon mesej je la saya...
hmmmm...
sapa kat sini kenal aku..
angkat tangan...turun2...
ramai orang selalu cakap aku ni jenis happy2...
rupa mcam takde masalah...gaya macam bahagia jer hari2...
even waktu aku matrik kitorang main tukar2 one point sesama sendiri dalam kelas and aku dapat dari seseorang tapi aku tak tahu la sapa sebab takde nama..
dia tulis
"dari gaya kau aku tahu kau tak pernah ada masalah"
important???widda_me@yahoo.com
my email