BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 13, 2012

Pernah main TEKA-TEKI????



aku kat rumah kakak aku skang kat sungai petani.

semalam main teka-teki ngan anak buah aku.

mula2 aku tanya la teka teki yang skema tu..

contohnya macam apa di sebalik mee bagai2 tu kan..

tapi satu pun tak boleh jawab.

so aku main la teka2 pasal mak tok ibu bagai2 semua..


bila aku tanya

"BERAPAKAH BERAT ACU???"


kelam kabut jawab..
.tiba2 syasya jawab acu..berat acu 5 meter!!!!


ok takpelah...
setelah main macam2 soalan...

seperti "apa nama sekolah ibu"
"berapa gaji maktok sebulan" "berapa panjang misai babah"

pastu diorang nak main reverse situation.

okay acu...kami ada soalan teka teki jugak kat acu.


SOALAN PERTAMA
:

sara: "acu..adakah daun dan kayu selalu bersama2??"


jawapan : yer.... (ALASAN:sebab sepokok)

SOALAN KEDUA


sara : ''acu...apakah warna strawberi dan epal??'

tiba2 syasya mencelah

syasya: "adik..soalan tu senang...kita bagi yang susah sikit..ok acu..ni soalannya"

APAKAH WARNA STRAWBERI MERAH DAN EPAL MERAH????


jawapannya: MERAH!!!(alasan : ko dah nampak hint dia bagi kan??ko jawab hijau kau bengong)


SOALAN KETIGA

syasya: "katil besi ni diperbuat daripada apa"

jawapan : BESI LA (ngeng)!!!!

pastu aku malas la nak main dah..
aku macam tak boleh terima kebodohan diri main game ni.

aku rasa macam perasaan aku di permain kan....



anyway..hari ni birthday anak gemuk perempuan mak yang no 1



!!!!!!!!!!!!!!HAPPY BIRTHDAY HASMAWATI!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!YANG KE 37!!!!!!!!!!!!!

Monday, March 26, 2012

Let him go...

kawan kami punya hati yang besar
kawan kami yang punya semangat yang tinggi
kawan kami yang tak langsung merungut pasal kesakitan dia
kawan kami yang tak pernah berhenti ketawa walaupun dalam hati siapa yang tahu
kawan kami yang tak pernah merungut even kena pergi lab pukul 2 3 pagi dalam keadaan kesihatan tak menentu
kawan kami yang tak cakap dia nak balik bilik pergi amik ubat sebab tak nak susahkan orang untuk teman or hantar dia.
kawan kami yang bila kita cakap apa2 pasal mati dia akan jawab
"takpe..jangan risau...aku yang mati dulu"
kawan kami yang semakin hari semakin berkurang berat badannya
kawan kami yang cakap "wida..takpe..kita konvo sama2 ea tahun ni"
kawan kami yang bernama iqbal telah kembali pada-Nya..


YA ALLAH..kau tempatkanlah kawan kami di kalangan makhlukmu yang terpelihara..


iqbal-2009

Wednesday, March 21, 2012

BAHASA BAHASA LA...bahaskan

gambar tiada kaitan cerita..saja nak tunjuk koleksi gambar 3 kembangan keluarga.

semenjak2 anak2 buah aku makin besar...
bahasa diorang semakin lahar...
bukan lahar sikit2 tapi ntahla...
mungkin diorang belajar bahasa2 ni bukan dari cikgu tapi dari gerak hati.
ko ada belajar dari gerak hati subjek bahsa melayu??
ko berani ko buat ko hadap warna merah kat buku rekod...

situasi #1

sara dan acik bergelak ketawa senda gurau dalam kereta..

sara:hahahahah...acik ni kelakaH la...hahahha....

situasi #2

mood phone

syasya: acu..kakak nak tanya acu...acu sekarang ni ada kat INDOMISITI ker???

aku: indomisti??apa tu???mee segera???takpun cerita mistik???

syasya:INDOMISITI tu tempat baca2 buku tu..

aku : UNIVERSITI LARGGGGHHHH!!!!!!

situasi #3

mood phone lagi.

syasya: acu...acu ada WATERKARAN tak??

aku: waterkaran????(jadi aku ingat dia cakap KARAN=ELEKTRIK) ada la..ingat INDOMISITI acu ni lekeh sangat???

syasya: owh.nak pinjam boleh tak

aku : (dalam hati) ibu babah depa tak bayaq letrik ka

syasya : acu tolong gitau wan ,cucu wan nak WATERKARAN

aku : WATERKARAN tu apa??

syasya : (tanya ibu dia) ibu..apa mainan yang kakak main kat rumah sofea tadi bu??

kakak : congkak.

aku : MACAMMANA CONGKAK BOLEH JADI WATERKARAN????!!!!!!!!!

syasya : ala..kan bila kita letak guli tu kat dalam waterkaran tu kan dia bunyi mcam ni "waterkaran waterkaran"(sambil sebut laju2 macam robot)...

aku terus rasa nak balik rumah nak suruh dia try main congkak depan aku..nak tengok...bunyi waterkaranwaterkaran or ketapketap or tuptuptup or mcam mana.


situasi dah habis.....konklusion!!!

boleh pkey macam tu anak buah aku...
kadang2 geram..kang dia salah buat dalam exam ke kan..
tapi kadang2 aku nak gelak gila2..tapi kesian..diorang kecik pulak..
tapi perkataan2 tu akan membuat kita

TERDIAM SERIBU BAHASA TANPA KATA APA2=speechless

gambar sekadar hiasan tak bertempat : raya 2011

situasi sekarang : penat...malas nak buat projek paper family...

bye!!!