BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 26, 2012

Let him go...

kawan kami punya hati yang besar
kawan kami yang punya semangat yang tinggi
kawan kami yang tak langsung merungut pasal kesakitan dia
kawan kami yang tak pernah berhenti ketawa walaupun dalam hati siapa yang tahu
kawan kami yang tak pernah merungut even kena pergi lab pukul 2 3 pagi dalam keadaan kesihatan tak menentu
kawan kami yang tak cakap dia nak balik bilik pergi amik ubat sebab tak nak susahkan orang untuk teman or hantar dia.
kawan kami yang bila kita cakap apa2 pasal mati dia akan jawab
"takpe..jangan risau...aku yang mati dulu"
kawan kami yang semakin hari semakin berkurang berat badannya
kawan kami yang cakap "wida..takpe..kita konvo sama2 ea tahun ni"
kawan kami yang bernama iqbal telah kembali pada-Nya..


YA ALLAH..kau tempatkanlah kawan kami di kalangan makhlukmu yang terpelihara..


iqbal-2009

Wednesday, March 21, 2012

BAHASA BAHASA LA...bahaskan

gambar tiada kaitan cerita..saja nak tunjuk koleksi gambar 3 kembangan keluarga.

semenjak2 anak2 buah aku makin besar...
bahasa diorang semakin lahar...
bukan lahar sikit2 tapi ntahla...
mungkin diorang belajar bahasa2 ni bukan dari cikgu tapi dari gerak hati.
ko ada belajar dari gerak hati subjek bahsa melayu??
ko berani ko buat ko hadap warna merah kat buku rekod...

situasi #1

sara dan acik bergelak ketawa senda gurau dalam kereta..

sara:hahahahah...acik ni kelakaH la...hahahha....

situasi #2

mood phone

syasya: acu..kakak nak tanya acu...acu sekarang ni ada kat INDOMISITI ker???

aku: indomisti??apa tu???mee segera???takpun cerita mistik???

syasya:INDOMISITI tu tempat baca2 buku tu..

aku : UNIVERSITI LARGGGGHHHH!!!!!!

situasi #3

mood phone lagi.

syasya: acu...acu ada WATERKARAN tak??

aku: waterkaran????(jadi aku ingat dia cakap KARAN=ELEKTRIK) ada la..ingat INDOMISITI acu ni lekeh sangat???

syasya: owh.nak pinjam boleh tak

aku : (dalam hati) ibu babah depa tak bayaq letrik ka

syasya : acu tolong gitau wan ,cucu wan nak WATERKARAN

aku : WATERKARAN tu apa??

syasya : (tanya ibu dia) ibu..apa mainan yang kakak main kat rumah sofea tadi bu??

kakak : congkak.

aku : MACAMMANA CONGKAK BOLEH JADI WATERKARAN????!!!!!!!!!

syasya : ala..kan bila kita letak guli tu kat dalam waterkaran tu kan dia bunyi mcam ni "waterkaran waterkaran"(sambil sebut laju2 macam robot)...

aku terus rasa nak balik rumah nak suruh dia try main congkak depan aku..nak tengok...bunyi waterkaranwaterkaran or ketapketap or tuptuptup or mcam mana.


situasi dah habis.....konklusion!!!

boleh pkey macam tu anak buah aku...
kadang2 geram..kang dia salah buat dalam exam ke kan..
tapi kadang2 aku nak gelak gila2..tapi kesian..diorang kecik pulak..
tapi perkataan2 tu akan membuat kita

TERDIAM SERIBU BAHASA TANPA KATA APA2=speechless

gambar sekadar hiasan tak bertempat : raya 2011

situasi sekarang : penat...malas nak buat projek paper family...

bye!!!

Tuesday, March 6, 2012

HEELS THAT HEAL...

Heels that heel....
nama buku ker???bukan....
ni adalah mengenai kisah lama 6 bulan lepas yang tak nak dikenangkan and diceritakan..
then after semua benda dah diselesaikan akan aku ceritakan..
remind me after 6 months later...

now back to topic....bukan topik terhadap tajuk yang dikemukan oleh pihak kami wahai pengadil yang bijaksana(ala2 debat gitussssss)

saja aku dah dengar ramai yang cakap
"widda bila nak hupdate..kalau takmo hupdate tutup jer blog...."

"weyh.....update la blog..penat refresh"
*kekdahnya refresh blog aku setiap 2 minit..terharuu..sob sobs....*

gitulah yang didengari oleh telinga dan dibacai oleh mata....

maka dah hupdate hari ni!!!!
bersyukur!!!!
cepat doa..panjangkan umor aku agar boleh hapdate atleast 6 bulan sekali...
uolls rindu i x?????
kalau rindus i sajikan gambar2 i pergi CAMERON HIGHLAND hari tu ngan family.....

i sajikan sikit jer sebab laptop-gila-pura-pura-aku-nak-sayang-dia-sampai-habis-belajar-nanti-habis-belajar-nak-buang-dia tak boleh nak left klik....gila kan
sapa nak hadiah laptop baru untuk i????
takyah laptop pun takpe..bagi IPAD!!!!!!

nah sajian resepi hari ni...
wida masak ladang teh CAMERON VALLEY

ala2 aishwarya rai mengandung kembar 5 tangkap gambar tak???
ala2 THINKING OF THE FUTURE sangat
sapa nak amik buat wallpaper handphone or laptop amik jer...
takyah tanya...
kalau tanya nanti self confidence i akan meningkat...
baik2 diam2 jer kalau nak amik...

apa2????
cakaplah muka i dengan anak tudung i dah sama warna....
cakap laRGHHHHH!!!!!!
cakaplah muka i dengan talam hidang makanan zaman2 takde buffet tu dah sama saiz

me and kakak yang gedik..
bangga aku ngan kakak dapat jumpa and tangkap gambar bukti yang ada benda yang lagi gemuk and besar dari aku....