BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 23, 2013

Rumah kebajikan masyarakat

Rumah kebajikan masyarakat.
Ada seribu satu benda yang akan terlintas dalam fikiran.
Bagi aku rumah kebajikan masyarakat ni untuk orang yang ada sedikit kesulitan dan kesulitan dapat dikurangkan bila di rumah kebajikan.

Aku tak tahu la rumah orang tua, rumah anak istimewa semua tu bermaksud rumah kebajikan atau tak, tapi aku kaut sekali je la kategori dia..
Sila jangan nak kondem..
Ni dari pandangan aku yer...
Kang kondem lebih ada makan selipar bukak posa..

Now aku nak cerita pandangan aku..
Setengah orang akan pandang tak elok bagi anak yang hantar mak bapak dia pi rumah orang tua.
Tapi bagi aku takpe..
Kejap..tak habis explain lagi...
Takpe kalau menghantar mak dia tanpa pilihan lain..
Contohnya..dia keje jauh dari rumah..
So mak dia sorang kat rumah hari2..
Kawan takde, sakit pening ker..
Kita ajak duduk dengan kita dia taknak,
Alasan dia "mak duduk dengan kamu pun sorang jugak..kamu keje balik lambat "
So kita hantar dia pergi rumah orang tua bagi dia ada kawan, belajar agama sama2 dengan ustaz kat situ.
Tapi dengan kerelaan dia..
Kita boleh agak kalau dia rela atau tidak...
Kalau dia taknak tak payah hantar..
Jangan paksa..itu mak ayah..
Jaga kau dari kecik, berak merata diorang yang cuci..
Tapi kalau dia rela kita hantar..
Tapi kita melawat dia selalu..telefon slalu..bila cuti amek dia balik..
TAPI YANG TAK BOLEHNYA BILA,
Hantar dengan dasar dia ganggu hidup kita,dia susahkan kita..
Meh sini kau aku lempang...
Pastu hantar, then pengurusan call pasal apa2 ker, tengok2 tukar nombor...
Itu memang layak kita langgar dengan traktor...

Sama kes ngan anak istimewa...
Aku pernah pergi buat macam kerja amal...
Ni aku gitau ni kang kata aku bangga gitau...
Kang tak gitau kata aku tipu..
Ada satu kes..
Mak bapak budak ni hantar anak istimewa dia dengan alasan nak budak tu berdikari..
Belajar bergaul...
Fine..alasan dia bagus..
Bila 3 hari dia dok situ dia rindu mak dia sampai demam2,  pengurusan pun call mak dia,
Tengok2 no takde dalam perkhidmatan..
Cari rumah tengok rumah orang lain..
Cibs betul spesies macam ni..
Jadi diorang pun tipu la budak tu kata mak dia takdak kat rumah la apa la...

So,  aku saja cakap pasal benda ni
bukannya aku nak hantar pakcik Ramli ngan makcik Haniyah..
No!
Ini cuma pandangan...
Setengah orang keji orang yang hantar keluarga pegi rumah kebajikan..
Tapi yang mengeji tu tak tahu si keluarga tu melawat hari2...
Dari kau yang dok keji orang, call mak kau pun jarang, apatah lagi nak balik tengok...
Sapa lagi keji???

Tapi kalau spesies yang tinggal,tinggal terus layak dikeji..
Kalau tak keji dia pun takpa, nanti balasannya Allah yang tentukan..

Bagi aku,
Apa benda jahat kita buat, akan patah balik kat kita..
Sebab aku pun penah kena...
Aku buat salah kat orang, and aku pun terkena dengan orang lain macam tu jugak..
Even benda tu, aku je perasan..

Sama dengan kes mak bapak..
kalau ko buat jahat dengan mak bapak kau,and kau tak berubah,
Anak kau akan buat benda yang sama,
and baru kau perasan "aku pun sama dulu".

Ini semua taipan aku,
Jadi jangan kondem..
Ini pandangan yer...
Kalau terasa, aku mintak maaf...
Kalau dalan exam ada soalan pasal pandangan and pandangan kau salah di mata cikgu,  ada cikgu datang lempang ko sebab bagi salah pandangan???
So baca jer pandangan ni, kang ko kondem lebih2 aku yang bagi lempang...