BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 16, 2014

Hey!!!Dapat Kakak Ipar Dah Ok!!!!

Salam..
Dapat kakak ipar  dah sebulan tapi baru update..
Sebabkan aku tak suka auto correct hp ni maka gambarkan je la aku nk kata apa dngan gambar..
Ni kat melaka..waktu akad nikah and wedding sana.

31.05.2014

My brohhhhhh



Jajang!!!!!!
Kakak ipar I!!!



Ok..jangan salah anggap..
Itu bukan wok doyo


The family ..
Single ladies sit down..
Sorry yang duduk atas kerusi bukan single ladies..
Yang tudung kuning yerrr



Ma sistar..

Anyway..
Welcome to Ramli's kak nur.


Aku paling tak suka update ngn fon..
Jadi berangin jer kepala aku

Monday, June 16, 2014

Abah saya mesti nangis kalau baca

As usual,
Aku bukanlah spesies suka canang kebaikkan keluarga..
Tetiba ..
Tapi semua cakap pasal abah mereka ..
Aku pun nak cakap la kan...

Abah saya muka garang ya rabbi..
Tapi hati..orang lain ada taman jer..
Dia ada taman puding ...
Lembut gila hati dia..
bukan lembut tu macam abah saya jalan catwalk, flip rambut tu tidaklah .
Abah saya dalam segala hal dia yang keluar air mata dulu...
Kata kan la benda terharu macam kisah dulu waktu aku pandai dapat 5A upsr dia yang mengalir dulu..
Mak aku dia ikut kawasan ...
KAlau kawasan tu tengah nangis, dia nangis la..

Contoh terdekat ..
No one can expect abah aku nangis bila anak lelaki dia kahwin.
Normal la nangis waktu kakak aku kahwin.
Tapi anak lelaki???
Tapi itu abah..
Abah saya bagaikan taman puding ..

Kalau belajar kat ukm dulu dia akan jawab call aku macam ni

" hello.ha!pasaipa telefon?? Duit takdak???satgi petang abah bank in.nah sambung cakap dengan mak"

Bunyi nak hantaq duit tu macam dia ada printer duit kat rumah..
Kita ni nak wish father day la kononya ...
Padahal kami bukan orang kaya.
NAk cari duit menyelam onak duri la jugak ..

Kalau kat mrsm dulu

"Ha...telefon pasaipa???sabun basuh kain ada lagi x? ?? KALau takdak tak payah keluaq beli ..hujung minggu abah pi hantaq ..duit yang ada buat makan..sabun abah belikan"

Macam mana aku nak berdikari waktu dok asrama..
Every week dia suruh aku buat senarai barang ..
Sebab tu aku tak pernah fly kat asrama..
Takdak sebab ..
Barang senantiasa ada ..

Tapi abah memang nak jaga anak dia sebaiknya ..
Aku tak tau macam mana abah boleh saving sampai dia nampak macam orang kaya sentiasa ada duit kalau kami nak ..
Padahal baju baru dia jarang sekali la beli. Kaya apanya ..
Seluar, kasut semua jarang ..
AKu belikan wallet baru pun puas aku ugut nak curi duit dalam wallet lama, baru dia nak gunakan.
Abah jimat setiap sen dia untuk keluarga.
Dia jaaaaaaaaaarrraaannnngggggg beli apa2 untuk dia ..
Kan cerita p ramli jarang2 tu..
Abah aku laaaaaaaaaaagggggii jarang ..
Boleh dapat tak tahap jarang tu ..
ker kurang lagi apa yang aku cuba olah..

Abah adalah suami yang baik jugak.
Mujur takde hari suami and mak aku takdak facebook laaagi!
Kalau tak 14 mukasurat mak aku tulis sempena hari suami..
Tak baik bukak cerita dalam rumah sesuatu keluarga.
Tapi ada satu benda yang aku tau jarang orang lain buat..

Sepanjang mak kahwin ngan abah, abah yang akan kejutkan mak setiap hari ..
Abah yang kemaskan katil setiap hari ..
Chansung?? Ada bran???
#eh

Oklah..
Sambung keje..
ABah happy fathers day ..
Awid harap awid dapat suami yang bertanggungjawab macam abah ..
Saya saya abah saya

Sunday, May 11, 2014

Hari mak hari hari

Sebenarnya hari mak aku hari2 ..
Tapi semua pakat express ur love minggu ni, and gitau kehebatan ibu masing2, tak mungkin aku terlepas ..
Aku pun ada mak yang hebat macam mak orang lain.
Tapi tentunya istimewa di hati aku sebab dia mak aku.

Mak aku lahirkan aku kat hospital.
Kat kakak abang aku semua kat rumah sebab arwah tok nek aku bidan.
Tapi aku tak sempat maka aku bidan dengan doktor la..
Turun darah, bergaduh dengan nurse.
Bukan gaduh hentak besi air drip ke apa, tapi mak aku dok gitau kata dia sakit, nurse kata dia ni bising.
Ko tunggu lagi, meletus la..
Ko kata aku bising, meh aku betul2 bising sampai anak aku keluar.
Dah nampak xpermulaan hidup aku dah bising?
Mana mulut aku tak bising.
Lepas lahir aku nangis non stop setiap malam dalam lebih kurang 2 tahun.
Dalam masa yang sama, abang aku yang sulung dah mula sakit teruk.
Bayangkan dia nak menatap anak yang nangis macam nak bagi satu penang dengar, dengan anak yang sakit.
Mungkin ujian dari Allah.

Bila dah besar dia masih lagi dengar aku nangis ..
Aku ni memang spesies nangis jer ..
Dngan orang lain tak,
Tapi ngan family aku meraung kau..
Sabor jer la mak aku ..

Dulu belajar orang slalu tanya

"Apa ko cakap ngan mak ko hari2? Sampai berjam2?"

Aku balas dengan soalan jugak

"Apa ko cakap dengan boyfren ko hari2?"

Dengan situasi skarang aku tak dapat lagi keja tetap dia tak penah bagi aku putus asa.
Bila aku cakap aku boring orang tanya aku pasal keja dia cakap gitau jer keje.

"Janji keje kan??
Gaji tak banyak macam orang lain pun awid tetap bagi mak duit kan?
Orang lain gaji besar bagi mak depa duit tak??
Orang lain boleh simpan untuk bantu abang kahwin tak??
Awid boleh kan??
Sebab awid nak tolong mak kan???
Nak tolong abahkan???
Nak tolong acik kakak kan??"

Bila orang tanya kenapa tak pi KL cari keje sana dia jawab

" takpalah dok rumah pun. 
Dari kecik dia dok jauh, la ni je dia nak manja ngan kami.  "

Bila pi panggil kenduri orang tanya pasal aku dia jawab .

"Nasibla ada yang kecik tapi tak berapa nak kecik ni.. dia boleh tolong2 pasal kenduri .. kalau takdak dia semua kami la kena buat"

Bunyi jawapan mcm semua benda aku buat, padahal tak pun..
Aku buat sket2 jer ..
Sebenarnya tu cara dia nak jaga hati aku and taknak aku putus asa.
Sebenarnya aku memang dah putus asa separuh hati aku la,
Tapi bila dia jawab mcm tu kat orang, aku tak sabar2 nak tunggu mak jawab perkembangan aku yang baik kat orang lain.
maksudnya perkembangan diri, bukan perkembangan badan.
Itu dari skang dah boleh cerita bab badan. 

Oklah..
Air hidung semua dah keluar ni ..
Cuma nak cerita 0.001% kehebatan mak aku ..
Mak orang lain pun hebat, cuma aku mampu cerita kehbatan mak aku je lah,
sebab makcik haniyah adalah mak aku yang satu.
Lagi satu penceritaan aku macam mak aku sayang aku sorang jer.
Tak mampu.
Aku memang berkongsi kasih ngan kakak abang aku ..
Takdaknya sayang lebih.
KAlau kakak and abang aku tulis blog pun macam mak aku sayang diorang jer.

Mak.
Selamat hari mak, hari mak hari2..
Terima kasih mak.
Lahirkan awid, jaga awid, sayang awid, didik awid semualah ..
Semoga tahun depan awid mampu belikan mak smart phone and mak boleh baca blog awid ..
Hehehehe

Btw ..abah .. terima kasih jaga awid jugak .

Sunday, May 4, 2014

Manusia berubah.

Aku dulu tak baca blog maria elena ..
Just tengok dalam tv bila ada buat interview dengan dia ..
So aku pun pernah tengok vlog dia ..
Dalam few months before, aku tertengok raikan cinta maria elena.
Lambat kan??? Anak dia dah besar dah.

Aku pun scroll2 entry dia ..
Ada satu tu dia tulis dia dah tak memvlog kan diri (ni ayat aku yang membawa erti seperti apa yang maria elena cuba sampaikan ) sbab dia dah makin dewasa.
Dah ada family semua.

So today.
Aku tengah tahan mata kat hospital membuatkan aku baca balik blog aku.
Wow!quite childish ..
Hahahaha..ngaku pun aku peah!
Tapi im still childish, cuma baca blog yang mula2 aku start blogging buat aku meremang.
hahahaha..
Cuma aku childish guna bahasa melayu, bukan bahasa

"Awaq, kitew taq sukewwwwww"

Sukewwww??? Ko nak aku skewers kan mulut ko???

Now, aku tak rasa aku akan blogging like the way before ..
But i still love blogging.
Cuma masa terlalu pack ..
Plus, laptop i dah macam bye2 sket ..

Wedding acik adalah less then month.
So masa aku lebih pack ..
Seriously aku nak blogging balik..
Tapi .....
Cubalah ..nanti..

Bye!

Monday, February 3, 2014

Rokok Turun Harga???

Rokok turun harga ..
Seperti yang dijangka atau tidak aku bekerja di mesra petronas ..
So kalau harga rokok turun  orang spesies kami yang tahu dulu ..
Rokok turun???
mari kita tepuk pengakap ..
*clap clap clap*
Sekali lagi
*clap clap clap*

VERANGAN!!!!!
memang berangan tepuk pengakap!!!
Sebab rokok tak turun ...

Ni cuma aku nak isu kan hal rokok...

First ..

Pasal bapak2 yang suruh anak beli rokok...

Hello...
Tak ke bodoh suruh anak beli rokok???
Memang aku bagi bodoh jer...tak tunggu...
Excuse me, apa pun alasan ko untuk taknak turun kereta beli rokok,
Or undang2 kata yang bawah 18 tak boleh beli rokok...
Kita pikir dari sudut positive.
Anak kecik.suruh beli rokok.
Anak tengok.terdidik anak dengan rokok.
Esok anak isap rokok jangan tunggu anak balik sebab nak sepak anak,
ko sepak diri sendiri ..
Banyak sikit sepak ..
Pastu nanti bila anak merokok salahkan bini,  salahkan cikgu kat sekolah tak kontrol.
Salah ko???
Ada few things  yang ko boleh salahkan orang tapi tengok diri sendiri dulu...

Macam aku salahkan kaum lelaki,  tapi mostly bapak2 yang suruh anak2 beli rokok..
Kaum ibu yang smoking which is i know which one tak suruh anak beli.
Mungkin ada tapi segilintir...

suruh anak beli rokok adalah one of the sesi pengajaran yang berlaku secara tidak langsung.
KAlau dari aspek baik takpe,
tapi aspek rokok ni jadi hangin kepala aku ..

Now second issue

Customer : tolong bagi saya rokok dunhill
Aku : rm 12 cik.
Customer : owh tak nak gambar paru2 hitam ni takut ..
Aku : so nak yang mana?
Customer : gambar baby .. yang ni tak takut sangat sebab jadi kat baby bukan kat saya * cakap kat aku sambil dukung anak *

Parents spesies ni kalau dah tua bolehla anak2 hantar duduk rumah orang tua2 ..
Sambil ko memberi pengajaran tak langsung kepada kanak2 ko juga memberi pengajaran secara tak langsung bahawa biar benda buruk jadi kat dekat dia (baby) or adik2 dia nanti .
even parents tak maksudkan nak gambarkan gambar baby2 dekat rokok tu anak dia ..
Penerangan bahasa aku baik..

Ni kasar sket punya penerangan

"Parents aku tak kisah kalau aku jadi dalam gambar ni kot,  so apa aku kisah nak jadi apa kat dia tua nanti"

tapi still ada setengah2 parents yang mintak gambar anggota badan sambil cakap
" biar kita sakit macam dalam gambar tu jangan jadi kat anak sudahlah "

Kalau aku boleh capture setiap orang yang beli rokok nak gambar baby memang aku buat..

Oklah ..
Memang nampak isu ni kecik pada setengah2 orang...
Tapi percayalah dari benda sekecik2 yang kita tak pandang ni lah yang akan jadi besar lebih dari kita jangka kan..

Contohnya macam nak urus kenduri abang aku nanti
(Nanti aku jemput inshaAllah)
Benda2 yang kecik2 yang tak berapa nak kira sangat tu lah yang akan menyebabkan perbelnjaan jadi besar ..
Contoh benda kecik macam garam, serbuk kunyit,  pen,  kertas,  gam,  benang jahit baju, tangan terkena pisau kena sapu minyak gamat ..

Ok bye .. nak kena sambung buat keja.

mesti aku kena carut untuk sapa yang baca blog ni dengan harapan rokok turun.