BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 18, 2010

TIPs bangun PAGI

entry ni khas kepada siapa2 yang suuuuuusah sangat bangun pagi..

aku terfikir nak tulis tips ni sebab aku berjaya bangun awal pagi ni...
siap ada extra time lagi sebelum ke kelas..
leh jugak kemas2 meja study(padahal bukan study pun semalam)

ayeen tido masih cantik*muntah*
tips pertama

bila kunci jam guna la ringtone yang paling melampau sampai satu floor boleh dengar ...
tapi jangan sesekali terkunci jam jika anda guna ringtone ini pada hari sabtu ahad...
mungkin anda akan akan disumpah beramai2 menjadi jam loceng terus
jangan sesekali guna ringtone yang bila kita dengar kita semakin rasa nak tidur...
contohnya semalam..aku pergi rumah BFF then dia boleh bantai kunci jam pukul 7 PAGI dengan ring tone nya adalah NOBODY NOBODY BUT CHU!!!..
aku terus sedar sebab tiba2 teringat step clap2 point tu...
tapi lepas tu akan tampar bontot BFF
"weh!!bangun off fon..."
padahal fon tu sebelah aku..macam apa jer punya malas

tips kedua

kunci jam cukup2 masa..
maksudnya seperti kalau nak bangun pukul 7 , kunci pukul 7
jangan kunci 6.45 sebabnya kita akan tido balik and sedar2 lepas tidor balik dah pukul 12.45...

tips ketiga

bila mata liat nak bukak,macam rasa nak tido balik
cuba anda fikir benda yang positive..
tak pun bagi semangat pada diri sendiri..
macam aku buat pagi tadi..
"wida..bangun wida..ko kan comel..kalau kau tidor lagi kecomelan ko akan hilang sebab orang akan pandang rendah kecomelan ko bila ko ponteng kelas..bangun sayang"

tips keempat

jangan sesekali ingatkan diri yang jam anda cepat 5 minit ke ataupun setengah jam....

tips kelima

jangan cuba2 nak buka cafe world ker...fish ville ker..farm ville ker..mahupun pet society..bila dah terjaga....
tambah2 kalau ko nak gi melawat jiran2 ko dalam tu kan???
hentikan....
silap2 dari ko cakap

"wida...5 minit jer bukak FB"


terus jadi

"alamak!!!dah lambat 15 minit..macam mana???takpela...terus melawat jiran dalam pet society lah..nak gi kelas pun tak guna sebab dah lambat..."


lantak!!

tips keenam

MESTI MANDI!!!!
kalau ko tak mandi..ko akan selemau2nya ke kelas nanti...
refresh yourself sebelum ke kelas...

tips ketujuh

kalau kau susah sangat nak bangun kan...
ko suruh kawan2 ko yang kenal ko dalam 100 orang call ko setiap minit..
call bukan cakap "helo wida..bangun2"

cakap macam ni
"weh!!!ko bangun ar!!!ko ingat ko sapa aku nak kejut pagi2...lahanat sangat!!!!"

aku pernah gerak kawan aku bangun tido ..
dia hantar mesej "wida..gerak aku bangun ek pukul 10..thanx..."
itu namanya ayat suruhan yer puan2..bukan mintak tolong

aku MISSCALL dia 28 kali....
kiranya kalau cas fon penuh pun malam tu confirm2 bateri dia habis sebab aku call jer..
aku bukan niat nak MISSCALL..
tapi CALL...siap aku hantar2 mesej ugut nak bunuh la..takmo cakap la...tak menjadi langsung..

dah tu bila dia bangun dia cas fon dia and call aku
"ko apasal call aku sampai bateri fon aku habis ha!!!"

aku macam....time tu takyah cakap la..segala jenis makian yang tak pernah ada di muka bumi ni pun terus aku cipta..tapi maki dalam hati jer...sebab aku istihar diri aku perang dengan kawan aku tuh terus...jangan nak hantar2 mesej

"wida..ko merajuk kan???aku tawwwwwww...sowey2...aku tak sedar"
bila tak reply
"mrajuk la tuuuuu....sowey2"

ko ingat ko tulis "tawwwwww" and "sowey2" tu kira dah cukup manja lah???

sandarkan pada kenangan je lah(motif tulis nama lagu???)
gambar protonian tiada kena mengena dengan cerita kawan aku yang miscall 28 kali itu

tips kelapan

kalau dah bangun lambat ko tak payah la gedik nak pakai baju iron2 ni..
ko pakai jer baju yang tak payah iron ke kelas...senang cerita

tips kesembilan-------paling penting




bila ko pergi kelas then sampai jer dekat lif tiba2 kawan ko yang jumpa sama2 kat kelas dapat panggilan fon and ada orang maklumkan bahawa kelas dibatalkan secara tiba2
ko pusing badan ko ,berjalan ke bilik,online,tido...
kelas seterusnya ko tak payah pergi....


selamat mencuba....!!!!!

p/s:gila ar....aku adalah manusia paling semangat bangun hari ni ..tup2 kelas takde..
tapi aku memang macam ni..kalau aku semangat memang kelas akan dibatalkan..
so conclusionnya?????
aku kena berlakon semangat hari2 and kelas akan dibatalkan..yes!!!

Sunday, January 17, 2010

COMEL nyerrrrrrrrrrrrrrrr......

gila benci bila semua orang pertikaikan tentang kecomelan aku kecik2 and kekurusan aku dulu2...

orang tanya asal badan ko macam menebal/melebar/dipam2 and sewaktu dengannya
mana aku tahu...aku ni kalau sedih ker suka ker aku memang akan makan jer...

ada seorang kawan aku ni..
tak boleh disebut namanya..
nak beli produk macam (macam?) turunkan berat badan...
kalau ada lagi sorang harga produk tu akan murah sebab beli banyak...
and salah seorang dari kawan dia cadangkan aku..
jangan risau..aku sikit pun tak marah cadangkan nama aku..
tapi setelah mereka berfikir tanpa tanya kat aku diorang cakap
"wida tu happy jer dengan life dia..dia nak ker makan benda nih?"


dalam bahasa kasarnya...
wida tu happy jer life dia and dia memang tak amik peduli la pasal lemak sana sini..

sebenarnya memang pun...
jangan risau yer kawan aku itu..wida memang tak marah langsung ....sumpah tak marah...
aku jenis macam

"lantak lah ko lemak...ko pun nak hidup jugak..kang aku kurus kesian lak ko...susah tol dilahirkan ke dunia sebagai lemak..mereka turut ada perasaan"

sebenarnya bagi sesetengah orang benda tu penting...untuk keyakinan diri..
yes..memang tak dinafikan..aku pun nak gak dapat berat ideal itu(bunyi ideal macam wtf).....
kadang aku pegang jer lemak kat paha ni sambil cakap..
"ko nak tak aku buang ko?"
walaupun lemak aku tak jawab tapi aku tau lemak aku meronta2 tak nak..jadi takpelah...
takkan la paha aku nak jawab pulak kan???kang dia jawab aku terus kerat kaki sendiri

macam bodoh jer kan alasan takmo kurangkan berat badan..sebenarnya malas kan???

sebenarnya....
aku jenis orang keyakinan nya hadir selagi ada orang sayang aku...
especially family and friends...
kalau mak aku kata
"kalau badan tak macam rozita che wan jangan harap mak nak mengaku anak"

mungkin aku akan kurus sebab aku akan down serta merta dan mungkin akan kurus kekecewaan dan terus mati kowt..hahaha

bagi aku kalau ada kawan yang judge kita and taknak kawan dengan kita sebab kan fizikal,tu bukan kawan hokey..itu insan yang memang nak makan penampar aku jer nanti..hahahaha


bagi aku...pembawakkan diri itu lebih penting...bangang nyer ayat "pembawakkan"..
senang cerita sifat diri...bagi aku itu penting....
kalau kau cantik ,badan solit molid ,hensem tough bagai tapi kalau kau bangang tentang hormat orang,bangga dengan fizikal diri ko sebenarnya lebih susah nak hidup dari aku yang ada lemak bersepah merata2 badan...

and orang selalu kata aku ni happy sangat orang nya
dulu kat matrik aku pernah dapat notes dari someone..tak tahu sapa.."dari cara kau...aku tau kau tak pernah didatangi masalah kan????kau happy jer..."

hahahahaha....gila bangga dapat notes yang macam tu..
setiap orang pernah ada masalah..
aku pun ada...and kadang2 mungkin masalah aku lagi besar dari masalah korang...
tapi aku jenis tak pandai nak cerita masalah aku kat semua orang...
kat BFF aku akan cerita semua la...
kalau aku cerita masalah aku kat orang lain tu pun atas sebab2 tertentu....
setiap orang akan ada masalah...
aku tak suka kongsi kesedihan aku dengan orang sangat..
tapi aku AMAT suka kongsi kegembiraan aku dengan orang....
sebab aku suka tengok my family and frens gelak2.....
ok...dah...aku nak sambung gelak dengan BFF...bye..

p/s:
sepanjang aku kat u...aku memang semakin mengembang..
semuanya salah protonian yang selalu jer ajak aku makan..
kalau aku sengaja tipu cakap aku takde duit dia kan cakap
"takpe...aku belanja"...

so apa lagi???orang belanja kan..kalau aku tolak tandanya aku kufur nikmat(kalau bab2 makan pandai jer nak masukkan hukum agama)

protonian with smokey eyes la kononya..macam nak tampar ada lah..

Saturday, January 16, 2010

walaupun aku takdak anak tapi aku tau macammana nak jaga anak...

LAGI sekali..tajuk tak menahan..nak kena ada gak unsur2 ayat BM dalam tajuk...

sekarang ni ramai pregnant mommy ada blog..kelas sangat..
mak aku waktu mengandungkan,tangkap gambar pun tak pernah...
apatah lagi nak simpan gambar2 scanning tu...
takpe..pada anak2 aku..aku akan simpan...

berbalik pada tajuk...
aku tak pernah didik budak tapi aku tengok je lah dari kakak and mak aku...

mak and kakak banyak guna pendekatan psikologi kepada anak2...
diorang tak ugut nak pukul anak bagai kalau anak tu macam nak buat salah..
tapi guna pendekatan psikologi yang SANGAT DASYAT...
contoh:

"kalau tak dapat 5A UPSR toksah sambung belajar dah..kakak beli lembu jaga lembu tue sampai kakak kahwin"

and skang dia praktikkan kan kat anak dia sebab dia rasa dia berjaya buat kat aku

"kalau syasya malas tulis ibu beli kambing syasya duduk kat rumah jaga lah kambing!"

DASYAT???

mak

"takpa...mak tak kisah kalau awid nak buat apa2..mak percaya kat awid...mak tau anak mak tak buat benda2 jahat"
::terus aku nak buat benda jahat fikir 64 kali and decide tak jadi::

sara yang berumur 2 tahun dah tak pakai pampers...

ini sara 2 bulan...pipi masih jatuh..skang dah mantop

kakak aku punya la psiko anak dia sampai anak dia tak berani kencing or berak dalam seluar....
berani anak dia buat macam tu???
tunggu la..ko basuh seluar ko yang ko dah kencing or berak tu sendiri even KO BERUMUR 2 TAHUN....dasyat tak????

pernah sekali tu syasya main sembunyi2 dengan adik dia...
then dia sembunyi belakang akuarium..
pas tu adik dia tak jumpa la dia kan..
time tu dia nak kencing sangat2 dah tapi tahan2 tapi terbabas sebab adik dia memang tak tau dia kat mana...
dia takmau keluar sebab takut kalah..
and last2 TERkencing la beliau di situ..
kelam kabut cari kain lap sendiri sebelum ibu nampak..hahahaha..
bila tanya"awat syasya kencing dalam seluar??"
"syasya main sembunyi2 dengan adik...adik tak jumpa syasya..so syasya kencing la..."

adik pun sama...selalu akan terbabas kencing bila main sembunyi2 lah....

banyak lah kakak and mak guna cara psikologi....
aku sampai takleh nak describe..



tapi cara mak yang paling best dalam mendidik adalah kalau kita rasa kita salah and kita dipersalahkan kita kena menjawab...
nampak tak???KENA MENJAWAB..dalam erti kata lain PERTAHANKAN DIRI SENDIRI..
tapi kalau salah DIAM..
jadi mak abah senang gila nak detect aku buat salah ke tak...kalau DIAM tu...siap ko..
dia berleter sampai merah telinga...

mak abah juga adalah manusia yang TAK PERNAH marah kalau RESULT TERUK...
tapi dia kana marah pong pang pong pang sebelum exam bila malas...
bila dah dapat result dia cakap marah pun tak guna..tak boleh diubah dah keputusan....
tak kuasa nak keluarkan duit suruh orang cek balik result anak dia....
tapi aku la rasa bersalah yang hamat bila mak cakap "takpa....kita dah usaha semampu mungkin...itu rezeki yang ALLAH bagi"

dulu kat sekolah...ada seorang kawan yang agak lahanat la tapi apa yang dia cakap tu ada betulnya...

dua hari sebelum exam PMR..
aku tengah study komsas(komsas ok yang bahasa melayu setinggi langit)...
tiba2 anas syazwan ni datang kat aku

ini anas..gambar macam nak bagi penampar

"hasma..kalau kau belajar banyak mana pun tapi dah ditakdirkan kau 8E maka 8E la ko..tapi kalau kau malas yang sangat2 and ko ditakdirkan dapat 8A maka 8A la kau"

dan2 aku tutup buku sebab aku fikir ada betul apa yang dia cakap..
nasib BM PMR aku A..kalau tak aku memang sepak2 anas tu...

nak psiko budak2 belajar lagi senang

"syasya..kalau syasya dapat no1 babah bawak syasya pergi TESCO syasya cakap jer nak apa babah belikan...tapi satu jer tau"

cepat2 aku hasut syasya

"syasya..kalau syasya dapat no 1 and syasya nak suruh babah beli hadiah syasya tunggu acu balik tau..kita pergi beli kolam mandi yang mahal tu and letak kat rumah maktok..boleh kita berenang sama2..nak??"

syasya:"ok acu..nanti syasya tunggu acu"

cepat2 aku doa anak buah aku dapat no1

syasya pulak kena ada tambahan psikologi....

"kalau syasya tak pandai nanti semua laki yang mengorat syasya tak hensem...laki hensem akan ngorat perempuan pandai jer"

cepat ek dia siapkan tulis ABC dia


p/s: acik gi indonesia hari nih...tapi dia tak bagi pesan apa2 sebab dia takde duit...sedih...takpe..jaga lah..nanti ku gi dive kat pulau kapas aku tak nak belikan keychain kat dia(macam la dia nak)